Perbezaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Melayu

Saya diminta oleh seorang rakan dalam parti untuk menulis komen mengenai penukaran istilah Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia.

Saya kira BN sekarang, menjelang Pilihanraya Umum tidak lama lagi, sedang melaksanakan jihad atau crusade. Jihad untuk sekadar menukar segala perubahan yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim. Sebelum ini Kementerian Pendidikan ditukar kepada Kementerian Pelajaran. Rustam Sani telah menyatakan bahawa Kementerian Pelajaran sebenarnya adalah Ministry of Lessons dan bukan Ministry of Education.

Sekarang istilah Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia pula dipolemikkan semata-mata kerana Anwar dikatakan menukar Bahasa Malaysia menjadi Bahasa Melayu semasa beliau menjadi Menteri Pendidikan dulu.

Rustam telah membuat komen panjang lebar mengenai perkara ini di blog beliau.

Meskipun hujahan mengenai perkara ini pelbagai dan panjang lebar, saya kira Kabinet ketika membuat keputusan penukaran itu sendiri sebenarnya tidak memahami hujah yang menyokong penggunaan istilah Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia itu sendiri.  Mereka membuat keputusan menukarnya hanya semata-mata kerana mereka menyangka dulu Anwar yang membuat perubahan dan dengan tindakan mereka kali ini mereka akan mendapat publisiti murahan dan meraih sokongan politik khususnya daripada masyarakat bukan Melayu.

Saya kira kita perlu memahami bahawa ada Bahasa Melayu dan ada Bahasa Malaysia. Penggunaan istilah Bahasa Malaysia tidak menjadikan Bahasa Melayu mati. Bahasa Melaysia dan Bahasa Indonesia adalah Bahasa Melayu. Begitu juga semua dialek dan versi lain yang berakarkan Bahasa Melayu.

Saya kira kerajaan perlu memainkan peranan sedar dan segera untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai sekurang-kurangnya bahasa serantau atau lebih baik bahasa dunia termasuk untuk digunapakai di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Semasa di tingkatan lima, saya bersama dua teman lain telah menulis satu kertas kajian (tesis) bertajuk “Bahasa Melayu sebagai lingua franca Asia Tenggara”. Saya pada awalnya mempunyai keyakinan bahawa Bahasa Melayu seharusnya menjadi salah satu lingua franca dunia, tetapi kerana kerenah birokrasi sekolah, saya terpaksa menghadkan hipotesis saya kepada Asia Tenggara.

Usaha ini perlu digerakkan oleh Malaysia bersama-sama Indonesia dan Brunei khususnya. Malah tiga negara ini sudah mempunyai kerjasama bahasa melalui Majlis Bahasa Brunei, Indonesia dan Malaysia (Mabbim).

Perbezaan antara Bahasa Malaysia dan Bahasa Melayu ini perlu dinyatakan dengan jelas, khususnya di dalam pembelajaran di sekolah-sekolah. Sudah sampai masanya rakyat negara ini mengetahui alasan dan sebab sesuatu tindakan dan tidak dipaksa menerimanya semata-mata kerana itu kata menteri.

Tambahan pula menteri yang pertama kali mengumumkannya ialah Zainudin Maidin yang saya kira tidak mempunyai kekuatan latar belakang di dalam bidang bahasa ini selain daripada pengalaman beliau di Utusan Melayu (atau Utusan Malaysia).

Apa sekalipun, Dewan Bahasa dan Pustaka perlu diberikan kuasa dan peruntukan untuk melaksanakan tugas-tugasnya yang sebenar termasuk untuk menyekat pencemaran bahasa.

Sebagai contoh, apakah perkataan ‘bajet’ adalah Bahasa Melayu, Bahasa Malaysia atau apakah ada kategori baru Bahasa Mahathir?

4 Responses to Perbezaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Melayu

  1. Bryan says:

    Pada pendapat saya,isu penukaran istilah bahasa Malysia kepada bahasa Melayu tidak perlu dipertikaikan.Dalam perlembagaan Malaysia, istalah penggunaan yang betul ialah bahasa Melayu.Hanya mereka yang tidak memahami sejarah sahaja akan mempertikaikan pekara ini .Bahasa Melayu adalah untuk rakyat Malaysia juga.Sempena kesempatan ini saya ingin mengucapakan selamat hari kebangsaan yang ke-50 kepada semua rakyat Malaysia,semoga keamanan dan perpaduan yang kita kecapi kini akan terus dipelihara.Jangan jadikan isu penukaran bahasa Malaysia kepada bahasa Melayu pemusnah kepada negara kita.Hormatilah perlembagaan negara.Sekian terima kasih….

  2. Lebai Malang says:

    Bahasa Malaysia? Mana ada Bahasa Malaysia sama seperti tidak adanya Bahasa Amerika atau Bahasa Australia atau Bahasa Britain. Mereka memanggilnya English. Tak kecoh pun rakyatnya yg lagi berbilang kaum itu. Kalau menukarkan Bahasa Melayu kepada Bahasa Melayu atas alasan perpaduan, alahai dangkalnya pemikiran orang tu. Macam mana boleh jadi menteri?

  3. Joe Jambul says:

    Bahasa melambangkan bangsa…
    Bahasa Melayu hanya utk orang Melayu..
    Bahasa Malaysia utk bangsa Malaysia..
    Indonesia ada Bahasa Indonesia, bukan Melayu (Indonesia) & Melayu (Malaysia) janji ada pertalian rapat di peringkat DBP/universiti/dsb.
    Malaysia perlu ada bahasa Malaysia..tak payah bandingkan English (British) & English (US)..perkara macam ni tak semestinya jadi isu politik..

  4. awangku says:

    Bijaksana politik menamakan bahasa Malaysia untuk tnjukkan bahawa bahasa Malaysia itu adalah bahasa Melayu.

    Kiaskan kisah dalam satu iklan, yakni bapa menunjukkan anaknya sekuntum bunga lalu menyatakan ‘ini bunga’ (kepada sekuntum bunga ros). Anak yang pintar itu berkata ‘bukan bungalah, ros’

    Tentunya rakyat Malaysia lebih pintar daripada kanak-kanak itu. Usah bingung lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: