Laman ini memuatkan catatan-catatan peribadi seorang anak Malaysia yang suatu masa dahulu punya angan-angan indah tetapi kini hidupnya dipenuhi mimpi-mimpi ngeri kerana negaranya semakin kucar-kacir akibat tangan-tangan manusia yang menggenggam kuasa. Dia bertanya, “Apakah harapan yang ada?”
Gambar atas ialah perhimpunan rakyat membantah kenaikan kadar tol di IOI Mall pada 4 Februari 2007. Gambar kanan ialah saya ketika ditahan di dalam protes tersebut ketika saya cuba menghalang polis daripada memukul seorang teman yang sudah dijatuhkan terbaring ke tanah. Kata saya, “nak tangkap, tangkap! Jangan mengganas!”
March 30, 2008 at 9:19 pm |
assamualaikum, saya terpanggil untuk menjenguk blog saudara selepas kemenangan perjuangan saudara…