Kenali Zaki

Ahmad Zaki Yamani bin Zainon dilahirkan di Alor Setar pada 30 November 1976. Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Iskandar dan menengah di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar dan kemudiannya di Maktab Rendah Sains MARA Taiping.

Selepas tingkatan 5, beliau meneruskan pengajian di Maktab Sains MARA Kuala Lumpur.

Kemudian melanjutkan pengajian dalam bidang perakauan (kursus profesional ACCA) di Institut Teknologi MARA (ITM) Shah Alam tetapi tidak dapat menamatkan pengajian apabila dipecat pada tahun 1999, setelah didenda dan digantung pengajian atas tuduhan terlibat di dalam Reformasi.

Terlibat aktif di dalam gerakan pelajar dengan pernah memegang amanah sebagai Setiausaha Agung, Presiden dan Pengerusi beberapa persatuan pelajar di ITM.

Beliau juga pernah diamanahkan sebagai Setiausaha Agung Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Setiausaha Majlis Pelajar Malaysia (MPM) 1999-2000 sebelum menyertai keADILan.

Di dalam parti beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Biro Penerangan Parti Keadilan Nasional, EXCO dan Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Malaysia.

Beliau adalah Ahli Seumur Hidup keADILan dengan nombor keahlian ADIL99. Beliau kini diamanahkan sebagai Ahli Jawatankuasa Bahagian Shah Alam dan Setiausaha Politik kepada Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia.

49 Responses to “Kenali Zaki”

  1. bejurus Says:

    Assalamualaikum wbt Sdr Zaki..
    Patut ler aku macam penah dengar nama kau ..
    rupanya kau nie junior aku kat Taiping..

    heheee.. kau tak join Ansara ker..??
    Selamat Berjuang Bro…

  2. taraknama Says:

    samalah dgn aku…
    rupanya junior aku jugak ko nie..
    Berjuang beb jgn tak berjuang….

  3. bejurus Says:

    entah² ko nie batch aku tak taraknama..??
    eh… sapa nama ko eik..??

  4. zuraidin Says:

    teruskan perjuangan…..

  5. feshe Says:

    yo bro..wats up..baru hari tu jumpa lan kapal kat klcc..
    all the best ..berjuang untuk kebenaran!!! alhamdullilah..

  6. palohotox Says:

    Aku rase ko ni senior aku kat tepen.. Kesian ekk kena rejek sbb reformasi.. Keadilan ada harapan tak skang ni..? mcm senyap jerr

  7. Lym Says:

    Zaki, salam perjuangan dari ex-Kg Attap friend.

  8. kuyu Says:

    teruskan perjuangan!kami di langkawi! menyokong anda!hidup adil!

  9. Ramoza Says:

    20b in memories……1997-2000….berjuang fisabilillah…lawan tetap lawan

  10. dekde Says:

    tgh surfing internet ternampak pula nama AHMAD ZAKI YAMANI ZAINON.. rasa macam kenal dengan nama ini. Oh rupanya kawan lama masa di uitm dulu. tahniah …

  11. wanto aka badung Says:

    keep on fighting bang… !!!
    keadilan harus ditegakkan….
    my pray and support for you….

  12. YMulia Says:

    Bro Zaki Yamani… saya masih lagi junior dalam dunia perjuangan ketika bro jadi exco PKPIM dulu…tak sangka jumpa blog Bro kat sini…. semoga sentiasa diberkati…

  13. chot Says:

    Perjuangan memerlukan perngorbanan…..
    Atas dasar prinsip kita berjuang……
    Jangan wang ringgit dan pangkat jadi taruhan..
    Shabas saudara…….saya tidak mengenali saudara secara……
    tetapi sebagai saudara seagama saya sokong niat dan perjuangan …….

  14. groy Says:

    teruskan perjuangan wahai sahabat lama dalam PKPIM

  15. Zulkifli Bujang Says:

    Salam, Zaki,
    Ketika demam pilihanraya ini, saya pun lawatlah website keADILan untuk update perkembangan dan info. Sebaik nampak nama Ahamd Zaki Yamani, terus saya teringatkan seseorang — teman sebilik saya sewaktu di ITM dulu, yang jarang ada dalam bilik dan sibuk berpersatuan.

    Teruskan perjuangan,
    Wassalam.

  16. Lan Says:

    Lorrr …teman sekantoi rupanye …hidup Reformasi !!!

  17. bibomedia.com Says:

    :)

  18. VET Says:

    Assalamualaikum Zaki,
    Saya kagumi perjuangan anda. Mengorbankan masa muda untuk wadah keadilan demi agama dan bangsa. Jangan merasa kesal. Sematkan kesalan, jika ada, sebagai mimpi illusi. Jika dibawa bersama akan mematahkan semangat. Teruskan perjuangan dengan niat dan jihad, pasti akan diredhai, insyallah.
    Sekarang ni pokok yg ditanam dah menampakkan buah. Pastikan ia sentiasa berbuah dan bila masak nanti pastikan ia sentiasa manis agar enak dimakan dan memberikan tenaga untuk terus berjuang. Yang penting sekarang, tonjolkan kewibaan mu dan timbalah sebanyak mungkin pengalaman untuk menjadi pejuang yang boleh memimpin dengan telus dan adil. Ini masa untuk kamu menganjak keera kepimpinan tertinggi. Gunakan pemikiran bernas dan tunjukkan kaliber kepimpinan agar perjuangan kamu ini memberikan kejayaan yang berterusan kepada keadilan. Belajar dari Tian Hua dan Dato Seri, pasti kamu akan berjaya menjadi pejuang dan pemimpin. Jangan lupa sematkan pegangan agama yang kukuh di setiap perjalanan dan perjuangan kamu. Selamat berjuang dan doa saya mengiringi perjuangan kamu – amin.

  19. zaki harun alrashid Says:

    yes !!! teruskan perjuangan , saya sokong perjuangan anda kami dun h.melintang perak.

  20. budakADIL Says:

    Teruskan perjuangan luuu…

  21. boosh Says:

    Alahamdulilah kemenangan tercapai jua akhirnya…walaupun bertatih dengan perlahan namun berlari juga akhirnya…syabas

  22. hairulallias Says:

    salam reformasi,
    nasib aku mungkin baik sikit sebab thn 1999 tu aku grad. so pihak u tak boleh nak ambik tindakan buang aku. Dah lebih kurang 10 tahun sejak peristiwa perhimpunan pertama di Bandar Baru Bangi dulu dan kini PKR atau lebih tepat lagi DSAI telah berjaya menumpaskan amno keparat.Dulu orang pandang serong bila aku sokong reformasi (this includes my family) tapi kini orang mula nak menyertai kita. Borang-borang ahli PKR pun habis macam pisang panas di BTP ni semasa kedatangan YB Nurul Izzah pada 30/3/2008 yang lalu.
    Teruskan perjuangan reformasi. Jangan merajuk pada yang tak tercalon.(Ada kawan aku yang namanya digugurkan di saat-saat akhir dari dicalonkan dan sedang merajuk lagi).
    Pada semua rakan pelajar tahun 1998-1999 yang menyokong reformasi pada masa itu, teruskan perjuangan.

  23. e Pemuda PAS Says:

    Assalamua’laikum. :)

    salam perkenalan.

    salam perjuangan.

    keep up the great work ya!

    TAKBIR!!! :)

  24. Rush Says:

    Salam…. what a small world!!!!! kenangan sama2 study dan sibuk berpersatuan di UiTM masih segar….

    ex-Presiden Kolej Delima Siswa

  25. Robert Manurung Says:

    Salam kenal Bang Zaki. Mari kita jalin persaudaraan bangsa serumpun Indonesia-Malaysia.

    Robert Manurung-Jakarta
    http://ayomerdeka.wordpress.com/

  26. tok canang Says:

    Salam… teruskan perjuangan saudara. Saya masih ingat kenangan lama dalam PKPIM semasa saudara sebagai Setiuasaha Agung, dan presiden pada waktu itu Asyraf Wajdi Dusiki (calon BN Parlimen Tumpat yang tewas). Namun, jadilah seorang pejuang yang ’strategist’ sifatnya. Jangan sesekali terperangkap dengan percaturan musuh – musuh Islam yang akan menggunakan pelbagai instrumen untuk menjatuhkan kita, termasuklah memanipulasi kelemahan yang kita ada. Wassalam

  27. expkpim Says:

    Tahniah atas perjuangan yang sentiasa bersemangat.. saya kenal abang dari cerita2 senior pkpim. I admire ur courage.. ok Hidup Biar Berjasa

  28. ley Says:

    tahniah bro..aku sokong pejuangan kau.teruskan berjuang.

  29. syafiq Says:

    ni lah yg dinamakan “kalau takut dgn risiko jgn bicara tentang perjuangan”…
    tahniah n syabas..teruskan perjuangan..

  30. fayz Says:

    bagusla kau zaki..ada jugak pejuang dari MRSM Taiping…datang tak reunion PKP nanti? check out facebook..

  31. JemosLoketWong Says:

    hallooo brader. Setiap perjuangan dengan kebenaran…tidak hari ini..esok pasti berjaya.
    ” Agi Idup Agi Ngelaban “

  32. shahrul peshawar Says:

    Teruskan perjuangan – jaga diri baik-baik.

  33. Hasrizal Haron Says:

    Macam pernah ku dengar nama ini tapi di mana ya…
    mcm kawan sekolah rendah dulu je….
    ahmad zaki yamani…..

  34. mohd radzi abu bakar Says:

    Aku bukan lah kenalan lama atau baru,malah langsong tak pernah jumpa engkau,aku lahir kat selangor,kini seorang ahli perniagaan.waktu reformasi bermula 1998 aku turut berjuang bersama………………tapi atas desakan hidup dan tanggongan anak isteri masa tu aku terpaksa undur diri seketika,kini perniagaan aku bolehlah dikata berjaya walaupun sesen kontrak pun tidak datang dari kerajaan…….alhamdulillah.
    kalau ada kesempatan untuk aku mencurahkan bakti tenaga dan buah fikiran bersama demi perjuangan ini tawarkan pada aku.
    aku pun tak pasti aku ni ahli KEADILAN atau tidak,tapi yg pasti bukan AHLI UMNO dan setiap saat dalam hati DSAI memang idola aku sejak mengenali nama nya didada akhbar sekitar 1979.

    Apapun aku tetap aku perjuangan menentag kezaliman pasti tetap bersama.

  35. CikGU MY Says:

    aku kt delima siswa uitm dulu…ko la selalu undang pak guard dtg kolej kn..tahniah, perjuangan yang tidak sia-sia..

  36. mamat tepeng Says:

    assalamualaikum..

    belek2 blog ternampak hang nyerk nama..sekilas pandang teringat hang dok brain wash den time “call” kat asrama aminnudin baki dulu..

    anyway, teruskan perjuangan bangsa kita Zaki!

  37. sekadar di fikiran Says:

    kat sini kawan se-mrsm aku dulu :) . apa pun semoga berjaya. sejak dulu kau memang minat benda2 cam gini :) . jgn lupakan keselamatan diri.

  38. romzi Says:

    salam perjuangan sahabat…
    Saya tak pasti samada kita pernah bersua atau tidak, cuma saya pernah bersama di kampung baru pada 1998. Mungkin nasib menyebelahi saya, kerana tidak dipecat dari UTM pada masa itu.

    Semoga perjuangan yang saudara telah tegakkan menjadi idola bagi yang lain.

  39. muhafis Says:

    teruskan perjuangan mu kawan.. jaga diri..

  40. Fairiz Says:

    Assalamualaika Ahmad Zaki Yamani Bin Zainon,
    Sahabat Lama…. V0V Class of 92/93

    dah lama aku dok tertanya tanya kemana pergi kawan aku sorang ni
    kali terakhir kita berkomunikasi masa hang ke Kulim .. lepas tu tiada berita
    aku cuba tanya kawan2 Taiping, tak dak sorang pun yang tau …
    akhirnya.. aku jumpa jugak hang kat sini (atas bantuan seorang teman).. alhamdulillah jika benar ini rakan karib di taiping
    i bet you are doing well .. “:)

    God Bless….

    ~Fairiz

  41. Shah Lehman Says:

    Amboi Fairiz pun ada sini……
    Akhirnya jumpa jugak ngan hang…
    Aku budak homeroom hang dulu…

    Shahrizal

  42. nOR HaFiZ jEleBu Says:

    salam perjuangan,
    abg teruskn reformasi
    moga dirahmati allah…
    allahuakbar!!!!

  43. Pak Poncho Says:

    Terus kan perjuangan mu,kami bersama sama mendoakan keadilan terus berjaya,LAWAN TETAP LAWAN. Hidup ANUAR.

  44. noraini Says:

    salam perjuangan

  45. pakjis Says:

    susah nak cari anak melayu macam tuan, semuga diberkati Allah

  46. Aliff Lam Says:

    salam perjuangan.. kenangan di rampai court masih segar dalam ingatan…
    Selamat Berjuang…

  47. TK Says:

    x sangka bang zaki org kedah juga… abang ada tanding dlm PRU ke12??

  48. iskandar Says:

    salam ,

    mengapa kita harus memperjuangkan bangsa tetapi memperjudikan agama? sepatutnya kita harus menegakkan islam dan bukannya bangsa melayu . apa pendapat saudara zaki? adakah kita benar2 tahu asal usul kita? tidak untuk saya.sebelum abad ke-17 istilah “Melayu” hanya merujuk kepada keturunan raja Melayu dari Sumatera sahaja.
    Bagaimanapun menurut Perlembagaan Malaysia, istilah “Melayu” hanya merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam. Dengan kata yang lain, bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah orang Melayu.

  49. alien ITM Shah Alam Says:

    Assalamualaikum syeikh,

    Accidently jumpa nama enta kat sini. Lama dah cari enta, tanya rakan-rakan seperjuangan dulu. Semuanya tak tahu ke mana hang menghilang. Alhamdulillah akhirnya jumpa hang kat sini.

    Jika diizinkan Allah, ana harap dapat jumpa enta akhir tahun ni, KALAU Kongrgres KeADILan diadakan dalam negeri Selangor atau sekitar Seremban.

    See you then, insya-ALlah.

    Wassalam.

Leave a Reply