The Malaysian Insider hari ini melaporkan bahawa Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mempertahankan rancangan pembinaan Menara 100 tingkat. Jika laporan ini benar, saya benar-benar marah dan kecewa.
Bagaimana menghabiskan RM2 bilion dana PNB (yang sebenarnya dana rakyat) dan membuat pinjaman sebanyak RM3 bilion lagi baik untuk rakyat? Jika benar kita memerlukan bangunan untuk mencergaskan ekonomi — Malaysia mahupun Selangor, banyak alternatif lain yang lebih bermanfaat.
Apakah semua bangunan di Kuala Lumpur telah dimanfaatkan? Saya difahamkan masih banyak ruang pejabat terbiar kosong tanpa penghuni.
Justeru saya mencabar semua penyokong Menara Pembaziran Wang Rakyat untuk menyatakan hujah dan bukti mereka bagaimana menara itu dapat memberikan kebaikan kepada rakyat!