Ucap selamat untuk saudara Shamsul

Shamsul Iskandar Md. Akin, Ketua Angkatan Muda Keadilan telah membuat pengumuman rasmi semalam mengenai hasrat beliau untuk bertanding jawatan Naib Presiden Keadilan.

Ini selaras dengan kenyataan beberapa pemimpin parti yang mendesak beliau meninggalkan AMK dan pergi ke jawatan Naib Presiden.

Saya tidak menerima alasan beliau bahawa parti memerlukan orang muda memegang jawatan tinggi. Pada hemat saya usia tidak seharusnya menjadi perkiraan, begitu juga gender dan kepercayaan.

Shamsul Iskandar perlu diberi peluang sebagai Naib Presiden Keadilan kerana beliau mempunyai kemampuan dan wibawa untuk memimpin parti ini. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Melaka bukan kerana usianya yang muda tetapi kerana kemampuan beliau memimpin sekalipun masih berusia muda.

Justeru saya fikir para anggota parti perlu membuat pilihan berani untuk melihat melepasi umur atau gender dan memilih pemimpin-pemimpin yang paling layak untuk memimpin parti ini.

InsyaALlah, Shamsul mampu memainkan peranan berkesan.

Selamat berjaya, saudara!

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.