Pemilihan Isa Samad sebagai calon UMNO-BN di Bagan Pinang dibuat meskipun bekas Presiden UMNO, Mahathir Mohamad beriya-iya menggesa UMNO jangan memilih Isa sebagai calon.
Mahathir yang terkenal kerana memaksa syarikat milik negara membeli konsortium perkapalan milik anaknya pada harga yang terlalu mahal mengatakan Isa adalah seorang yang korup dan memburukkan imej UMNO. Bagaimana mungkin Isa memburukkan imej UMNO sebagai sebuah parti yang korup? Bahkan Isa yang didapati korup oleh UMNO memperkukuhkan imej tersebut pada UMNO. Justeru UMNO perlu berterima kasih kepada Isa kerana memperkukuhkan imej UMNO pada kala ahli UMNO sendiri keliru kini.
Tetapi sekarang ternyata pandangan Mahathir dianggap sampah oleh UMNO. Tidak dipeduli dan tidak diikuti. Justeru apa tindakan Mahathir seterusnya?
Seingat saya Mahathir pernah keluar daripada UMNO tetapi kemudian menyertai semula parti tersebut. Sekarang pada kala pandangannya tidak ada nilai di dalam UMNO, apa guna lagi Mahathir kepada UMNO dan UMNO kepada Mahathir?
Saya ucapkan tahniah kepada rejim Najib yang membuat keputusan berani untuk berpisah haluan daripada Mahathir. Namun malang seribu kali malang, rejim Najib masih mengekalkan aspek rasuah, kuku besi, salahguna kuasa, korupsi yang menjadi ciri dan citra Mahathirisme.
Posted by Ahmad Zaki Yamani