Tahniah Permatang Pasir

Kemenangan Pakatan Rakyat di Permatang Pasir semalam adalah kemenangan rakyat. Justeru ucapan tahniah adalah kepada pengundi dan rakyat di Permatang Pasir yang menunjukkan kesabaran menghadapi godaan dan ancaman UMNO-BN.

Permatang Pasir dan Permatang Pauh adalah kawasan yang konsisten mendokong perjuangan rakyat sedari Pilihanraya Umum Kesepuluh tahun 1999, selain daripada di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Alhamdulillah usaha gigih Dato’ Hamdan selama ini diingati dan dihargai rakyat. Pada masa yang sama sudah tentu sokongan diberi atas pertimbangan keyakinan terhadap kepemimpinan Pakatan Rakyat dan tidak ada kepercayaan kepada UMNO-BN untuk mewakili Permatang Pasir.

InsyaALlah selepas ini rakyat akan terus berusaha membebaskan Seberang Jaya (satu lagi DUN di dalam Permatang Pauh selain Penanti dan Permatang Pasir) daripada cengkaman UMNO-BN. Seterusnya Malaysia akan dibebaskan daripada kezaliman dan kebejatan UMNO-BN dan mendatangkan fajar baru kepada Malaysia.

Doa mengiringi usaha keras dan ikhtiar kita.

“…Apabila tiba pertolongan ALlah dan kemenangan”

Leave a Reply