Tan Sri Muhyiddin selaku Timbalan Presiden UMNO secara tradisi mengetuai kempen plihanraya kecil. Rakyat Malaysia melihat pemilihan Rohaizat, seorang peguam muda lulusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) sebagai satu kesilapan. Masalah yang dihadapi Rohaizat semasa menjadi peguam sehingga menyebabkan beliau disingkir daripada senarai Peguam menimbulkan keraguan terhadap integriti beliau.
Tetapi Muhyiddin bertegas mengatakan bahawa beliau tidak tersilap.
Justeru kenapa sebenarnya UMNO memilih seorang calon yang berisiko sebegini dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pasir?
Pada hemat saya, Rohaizat dipilih untuk membuktikan sesuatu. To prove a point. Mereka mahu membuktikan bahawa sesiapa sahaja yang diletakkan UMNO mesti diterima rakyat. Meski ada keraguan terhadap integriti beliau, itu bukan perkara penting. Asal beliau dari UMNO, maka rakyat mahu dipaksa menerima.
Seperti yang dikatakan ramai dahulu letakkan lembu sebagai calon UMNO sekalipun akan menang.
Atas sikap kurang ajar Muhyiddin-UMNO-BN ini semata-mata sudah cukup untuk pengundi di Permatang Pasir menolak Rohaizat dan memberikan kemenangan yang lebih besar kepada Pakatan Rakyat.
Rakyat mesti membuktikan keteguhan hati mereka untuk menolak UMNO-BN berdasarkan prinsip, meski digula-gulakan dengan pembangunan dan menghadapi ugutan dengan pembangunan.
Suara Rakyat Suara Keramat!
Rakyat Hakim Negara!