Mahkamah Tinggi membuat keputusan bahawa Zambry Kadir bukan Menteri Besar Perak dan Nizar Jamaluddin adalah MB yang sah.
Memandangkan perlantikan Zambry sebagai MB adalah tidak sah, maka semua keputusan yang dibuat oleh beliau dan kerajaan haram BN di Perak adalah tidak sah, tiada kuatkuasa dan batal.
Meskipun usul menukar Speaker dilakukan oleh Zambry sebagai ADUN Pangkor, kesemua usul yang diluluskan pada hari tersebut dilakukan sebelum Raja Muda Perak merasmikan sidang Dewan. Bagaimana usul-usul boleh dibentang dan diluluskan dalam Dewan yang belum dirasmikan?
Tindakan-tindakan BN di Perak telah mewujudkan satu duluan rebutan kuasa yang mempunyai kesan buruk jangka panjang terhadap negara. BN seharusnya jangan takut dengan rakyat dan sekarang perlu sebulat suara menyokong pembubaran DUN Perak supaya pilihanraya dapat diadakan dan mandat baru yang jelas diperolehi daripada rakyat.
Sampai sudah masanya untuk Zambry berhenti menjadi haram dan melakukan yang adil untuk rakyat.
Atau apakah Najib akan sekali lagi mengambilalih jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Perak untuk melakukan rebutan kedua?
May 12, 2009 at 10:51 am |
Tahniah Ds Nizar & Pakatan Rakyat syukur tak terhingga, akhirnya kebenaran/ keadilan bersinar kembali, kepada najib eloklah anda meletakkan jawatan atau pun bubarkan parlimen, supaya dapatlah rakyat memiliki seorang PM baru yg bersih/cekap/amnanah dan dihormati. Bagi saya Ds Nizar mempunyai tokoh seorang pemimpin yg di segani dan layak berada diatas, ini sudah terbukti dan kpd najib anda GAGAL