Mahkamah Tinggi membuat keputusan bahawa Zambry Kadir bukan Menteri Besar Perak dan Nizar Jamaluddin adalah MB yang sah.
Memandangkan perlantikan Zambry sebagai MB adalah tidak sah, maka semua keputusan yang dibuat oleh beliau dan kerajaan haram BN di Perak adalah tidak sah, tiada kuatkuasa dan batal.
Meskipun usul menukar Speaker dilakukan oleh Zambry sebagai ADUN Pangkor, kesemua usul yang diluluskan pada hari tersebut dilakukan sebelum Raja Muda Perak merasmikan sidang Dewan. Bagaimana usul-usul boleh dibentang dan diluluskan dalam Dewan yang belum dirasmikan?
Tindakan-tindakan BN di Perak telah mewujudkan satu duluan rebutan kuasa yang mempunyai kesan buruk jangka panjang terhadap negara. BN seharusnya jangan takut dengan rakyat dan sekarang perlu sebulat suara menyokong pembubaran DUN Perak supaya pilihanraya dapat diadakan dan mandat baru yang jelas diperolehi daripada rakyat.
Sampai sudah masanya untuk Zambry berhenti menjadi haram dan melakukan yang adil untuk rakyat.
Atau apakah Najib akan sekali lagi mengambilalih jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Perak untuk melakukan rebutan kedua?
Posted by Ahmad Zaki Yamani