Zahid Hamidi berikrar untuk memodenkan Angkatan Tentera Malaysia. Demikian lapor media massa bersempena hari pertama Zahid mengambil alih secara rasmi jawatan Menteri Pertahanan.
Zahid perlu memberikan penjelasan terperinci terlebih dahulu, sekurang-kurangnya kepada Parlimen, mengenai apa maksud moden itu dalam konteks angkatan tentera.
Apakah ini bermakna lesen besar untuk membeli belah persenjataan? Apakah selepas ini kita akan membeli lebih banyak kapal selam, kereta kebal atau mungkin kapal pengangkut kapal terbang (super carrier)?
Pemodenan Angkatan Tentera Malaysia perlu memberikan perhatian kepada keperluan khusus Malaysia di masa hadapan. Kita tidak perlu kepada senjata serba moden seperti Amerika Syarikat yang akan mencetuskan perlumbaan senjata dengan negara jiran.
Mungkin Zahid akan perlu kepada penasihat yang pakar dalam bidang ini.
Ermm… Apa kerja Razak Baginda sekarang ya? Mungkin dia boleh dipanggil kembali dari England untuk membantu. Jika tidak bagaimana hendak menghabiskan peruntukan berbilion ringgit kementerian.
Oh ya. Menteri Pertahanan sendiri orang berniaga.
Jika hendak nasihat dalam membeli belah, isteri PM boleh membantu.