Saya terlibat dengan pasukan Muhyiddin Yassin ketika beliau pertama kali berpindah ke Persekutuan, iaitu ke Kementerian Belia dan Sukan daripada jawatan Menteri Besar Johor.
Lazimnya saya melihat beliau seorang yang bijak, tekun dalam menjalankan tugas.
Tetapi ternyata dalam keghairahan meraih sokongan Melayu beliau bertindak bodoh. Sebagai Timbalan Perdana Menteri, tindakan bodoh itu mengancam asas negara ini.
Beliau menyerang orang Cina dan India yang dianggap tidak berterima kasih kerana tidak memberikan undi kepada Barisan Nasional. Pada hemat beliau segala pembangunan, termasuk untuk sekolah jenis kebangsaan perlu disyukuri dan dibalas dengan memberi undi kepada BN.
Jika diurut logik beliau, tidak mengapa jika BN korup, merampas kuasa kerajaan negeri dan tidak cekap mentadbir. Tidak mengapa jika calon BN sendiri didakwa bejat moralnya.
Yang penting mesti beri undi kepada BN. Hanya BN yang membawa pembangunan negara selama ini. Tidak ada parti lain yang membawa pembangunan sepanjang 52 tahun merdeka. Memanglah kerana tidak ada parti lain yang mentadbir negara.
Muhyiddin mengatakan BN tertipu dengan orang Cina dan India.
Saya percaya ini adalah sebahagian daripada usaha beliau untuk meraih sokongan Melayu dan mengukuhkan jaringan sokongan beliau di dalam UMNO. Memegang portfolio pelajaran adalah sebahagian daripada rencana besar ini.
Ini menimbulkan persoalan. Apakah Muhyiddin benar-benar bodoh atau sedang menampilkan dirinya sebagai ekstremis Melayu?
Walaupun untuk kepentingan politik, janganlah bermain api perkauman.
Saya teringat filem pendek Sang Kancil dan monyet semasa saya kecil. Kancil memberi peringatan: Jangan monyet! Jangan!
Posted by Ahmad Zaki Yamani
Posted by Ahmad Zaki Yamani
Posted by Ahmad Zaki Yamani