Pandangan Rustam menjadi realiti

November 5, 2008

Ketika Obama memulakan usaha untuk mendapatkan pencalonan presiden Parti Demokrat, dalam satu perbualan dengan Rustam A. Sani (kini Allahyarham), saya mengatakan bahawa rakyat Amerika Syarikat tidak akan memilih seorang kulit hitam sebagai Presiden. Rustam sebaliknya percaya bahawa Obama akan menjadi Presiden Amerika Syarikat.

Ternyata kini Rustam tepat.

Amerika Syarikat kini memilih seorang Presiden yang menzahirkan keprihatinan yang lebih terhadap kesukaran dan cabaran yang dihadapi rakyat. Pertimbangan kaum dan warna kulit bukan lagi menjadi pertimbangan utama di kala yang sukar ini.

Rustam dapat melihatnya lebih awal daripada saya. Rustam juga melihat Anwar Ibrahim sebagai harapan terbaik untuk Malaysia. Justeru beliau sanggup mengambil risiko dan mengorbankan kesenangan peribadi untuk memberi sokongan kepada Anwar. Beliau percaya Anwar akan menjadi Perdana Menteri dan seorang Perdana Menteri yang lebih baik untuk Malaysia.

Bersama kita doakan pandangan Rustam ini juga menjadi realiti.