Tukar segera Canselor Unisel

ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San mempersoalkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor baru-baru ini mengenai keududukan Rosmah Mansor sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (UNISEL).

Kelayakan Rosmah hanya sekadar sebagai isteri Najib Razak di samping beberapa kepandaian ‘luar biasa’ lain yang belum dapat dipastikan.

Saya kira sudah sampai masanya Kerajaan Negeri Selangor melalui anak syarikatnya yang mengendalikan UNISEL menobatkan Canselor yang baru. Seorang Canselor yang selayaknya.

Pada hemat saya calon yang paling sesuai ialah Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Beliau seorang doktor pakar. Pencapaian akademik beliau adalah cukup cemerlang sejak daripada universiti. Malah beliau adalah antara pelajar cemerlang ketika mengikut pengajian di dalam bidang perubatan di Ireland.

Kelayakan yang beliau miliki cukup sesuai dengan status UNISEL sebagai instituti akademik yang diharapkan akan terus meningkat.

Masa untuk perubahan.

16 Responses to “Tukar segera Canselor Unisel”

  1. khalib Says:

    Perlantikan yang tidak memenuhui kriteria sebegini rupalah, yang meletakkan image,prestij serta ranking universiti-universiti kita jauh dibawah kedudukan universiti-universiti lain didunia.Kalau universiti-universiti mereka dibarisi canselor,profesor -profesor yang bergelar Nobel Laureates atau sarjana-sarjana dalam pelbagai bidang ilmu dan kepakaran realtime,manakala universiti-universiti kita di Malaysia di penuhi mereka yang bergelar Dato dan Datin yang berpengaruh dan berkepentingan.Graduan-graduan kita pula yang berjaya atau tidak berjaya semuanya bergelar Si Berhutang.

    Sudah sampai masanya cadangan saudara di ketengahkan untuk perhatian pihak yang bertanggung jawab.

  2. adi/// Says:

    setuju ya amat… lawan tetap lawan

  3. VIN DE CORE Says:

    SAYA SEBAGAI WAKIL RIBUAN PELAJAR UNISEL, MENGALU ALUKAN CADANGAN YB UNTUK MELANTIK SEORANG CANSELOR UNISEL YANG BERWIBAWA,BERKALIBER,DAN SERTA MEMPUNYAI CITA CITA TINGGI UNTUK MEMBAWA TARAF ATAU STATUS UNISEL DI PERINGKAT ANTARABANGSA. SEBAGAI PELAJAR KAMI MENDAPATI BAHAWA SISTEM PENGURUSAN DI UNISEL AMATLAH TIDAK MEMUASKAN DAN SANGATLAH MENYUSAHKAN PARA PELAJAR APABILA HENDAK BERURUSAN DENGAN PEGAWAI-PEGAWAI DI CANCELORI, BERKAITAN URUSAN PEMBAYARAN YURAN,PENGAMBILAN SLIP PEPERIKSAAN,PENGAMBILAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DAN SEBAGAINYA…
    SELAIN ITU,BUAT MASA SEKARANG FAKULTI PENGAJIAN YANG TERDAPAT DI KAMPUS UNISEL BATANG BERJUNTAI JUGA TIDAK MENCUKUPI DAN INI ,MEMBUATKAN FAKULTI TERPAKSA DI KONGSI. APAKAH IMEJ DAN STATUS UNISEL APABILA FAKULTI TERPAKSA DI KONGSI..
    SELAIN ITU PERKHIDMATAN -PERKHIDMATAN LAIN SEPERTI MESIN ATM, KEDAI BUKU, DAN PASAR MINI JUGA HANYA TERDAPAT SEBUAH SAHAJA DI KAMPUS UNISEL BTG.B’JUNTAI. KEMUDAHAN SEPERTI MENJATUHKAN IMEJ UNISEL DAN TIDAK DAPAT MENARIK LEBIH RAMAI LAGI PELAJARBARU DATANG KE UNISEL..
    SELAIN ITU SEMASA MINGGU ORENTASI, TERDAPAT PEGAWAI-PEGAWAI YANG TURUT MEMBERITAHU UNISEL AKAN MENJADI SEBUAH UNIVERSITI KERAJAAN.. TETAPI APAKAH KATA-KATANYA ITU BOLEH DI HARAP ATAU TIDAK.?? PARA PELAJAR JUGA SERING DI TIPU DENGAN MENUNJUKKAN BAHAWA TANAH UNISEL ADALAH SEBESAR 1000HEKTAR, TETAPI APA GUNANYA APABILA LEBIH KURANG 500 HEKTAR KELUASANNYA ITU HANYA TANAH KOSONG..

    OLEH YANG DEMIKIAN,DEMI MUTU DAN IMEJ UNISEL, KAMI MEMINTA AGAR SEGALA KATA-KATA PEGAWAI DAN PIHAK BERKUASA UNISEL DI SEGERAKAN SECEPAT MUNGKIN.. ATAU BERILAH KAMI SEBUAH JAWAPAN YANG BOLEH MEYAKINKAN KAMI UNTUK MELIIHAT UNISEL SEBAGAI SEBUAH UNIVERSITI YANG MAHSYUR.. SEKIAN

  4. Dally Eusoff Says:

    Satu ketika ketika berada di salah satu IPTA saya diajar kagum dengan Canselor IPTA tersebut dengan pencapaian akademiknya dan khidmatnya. Dengan kata lain Canselor adalah mereka yang boleh dijadikan contoh dan ikon masyarakat. Kalau Tun Dr. hasmah di Unive. Multimedia saya tidak kisah sebab kita tahu dia adalah antara beberapa kerat gadis Melayu zaman penjajah yang berjaya dipilih dan menamatkan pengajian di IPT yang masih dikontrol penjajah. Tapi kalau arwah …, Jeanne dan Rosmah – nak bangga amende? ikon amende? apa rekod kejayaannya yang boleh masyarakat mahasiswa jadikan contoh? Cubalah fikir balik, kalau tidak pun kak wan azizah carilah tokoh-tokoh akademik, bekas-2 hakim seperti Tun Suffian dulu, tokoh-2 korporat yang berjaya menongkat sendiri dgn. tongkat buatan tangan sendiri yang dicari di hutan bebas etc.

  5. Amin Ahmad Says:

    As for me, lantik Prof Ainuddin Wahid.

    Kak Wan bukan tak sesuai, tapi kita mesti komited untuk kurangkan atau tiadakan campur tangan direct politik dengan institusi ilmu. Biar kita letak cendekiawan yang berani kata NO terhadap kita, supaya kita tahu keputusan yang nak kita buat tu harus benar2 diperhalusi. Ia membantu dalam kepayahan sebenarnya.

  6. mohd radzi abu bakar Says:

    saya bersetuju wan azizah dilantik dengan kadar SEGERA MENGANTIKAN rosmah poyo tu.sudah tiba masanya kita menghargai seorang wanita yg tabah,kuat,berbakti,contoh ibu , isteri yg berjaya dan setia ,pemimpin berwawasan serta berbelajaran.nak banding dengan rosmah yg pernah jadi janda kerana cinta terlarang,tak setia pd suami tu.jauh panggang dari api……………………………………tambah pula dengan kes berprofail tinggi……………………he…………ia akan merosakan anak anak kita yg belajar di UNISEL.

  7. anynomous Says:

    Canselor mestilah dari kalangan ahli akademia yang di iktiraf, ataupun dari kalangan ketua negeri atau kerajaan, demi memertabatkan taraf sesebuah universiti , terutamanya bila ianya adalah sebuah universiti hak kerajaan negeri.

  8. carlffler Says:

    Perlantikan Rosmah melambangkan Unisel tidak ada prestij langsung!

  9. azry Says:

    ramai lagi caloncalon cancellor yang nak dipilih mempunyai kebolihan dan akademik rekod yang cemerlang.Kemantapan dari segi pengalaman dan berfikiran professional,menghasilkan ideaidea baru dan inovatif bagi melahirkan graduangraduan yang efektif dan berqualiti adalah wajar dipilih.Menjurus kepada aspek pengurusan ianya haruslah direstrukturkan semula dan memperbaiki jentera pentadbiran dengan teratur agar ia dapat berjalan dengan lancar.Jangan biarkan graduangraduan patah semangat selagi merika ini masih mahu dan breminat untuk belajar.

  10. unisel cracker Says:

    ahmadyamani i wanne meet u .can ah?im unisel student…hit me

  11. azmi Says:

    saya juga amat bersetuju dgn pendapat sedara2 dan sedari2 sekalian. sepanjang kehadiran saya di unisel batang berjuntai iaitu tahun 2007 hanya sekali dua shj rosmah dtg menjenguk kami. i2pun diatas jemputan. bgaimana dia selaku cancellor dpt membantu kami jika asyik tiada ? TNC dan NC juga. asyik menghilang. saya dan sahabat2 pernah menunggu slama 4 hari semata2 untk berbincang ttg projek2 kami. jgn katakan TNC , setiusaha pribadinya juga menghilang sehinggalah hari ke-4. sepanjang 4 hari itu , sekurang2nya 4 org wakil syarikat dtg menawarkan perkhidmatan praktikal kepada para pelajar(proposal) ttp pulang dengan hampa. ini sekaligus memburukkan imej UNISEL i2 sendiri.

  12. madam lina tesl Says:

    `unisel mmg hampeh..
    `stdy mcm ntah pa2…
    `pas tu lak admin lembab..
    `atm salu poblem..student bnyak hnya satu atm sahaja
    `cafe kotor n fakulti pon serabut kemudahan….

  13. fpi s Says:

    unisel yg hampeh…………………….
    rosmah yg xlayak,

  14. syiera Says:

    walaupun bapak saya ni kuat sokong bn,,,,sy sebenarnya x setuju langsung kalau rosmah jadi canselor..x dak perubahan langsung yg dibuat..

  15. syiera Says:

    saya harap kalau rosmah betul2 nak jadi canselor, tolong pantau para pekerja dan kaki tgn unisel…..termasuk lecturer……..ramai yg kurang ajar……….

  16. hanuman Says:

    elakkan campur tgn politik dlm institusi pendidikan..ramai lagi tokoh2 akademik yg lyk..nampak sgt saper2 yg bertanggungjawab tu bodoh,suka bodek bla lantik rosmah..spttnya lantik la org yg benar2 ada masa untuk jd cancelor..jgn jdkan institusi pendidikan sebagai tempat untk mencari penyokong mana2 aliran politik..biar pelajar pilih sendiri jln mereka…bila ada camput tgn mcm ni,akan berlaku ketidak adilan dlm pengurusan dan mcm2 lagi..cari org yg xde kepentingan..di malaysia ni bnyk kroni2 yg berkuasa..yg berkuasa makin berkuasa dan xde org brani nak tgur..bukan dlm institusi pendidikan jer..dlm persatuan2 sukan misalnya..bila malaysia nak maju mcm ni?jgn sampai rakyat fed up yg amat sehingga tercetus revolusi..

Leave a Reply