Di bawah adalah foto-foto daripada fotowarung.bazuki.com yang memuatkan banyak foto yang menarik.
Lambaian pejuang dan pemenang.
Mere nam BOSS! Tetapi kali ini bantu dulu isteri dan anak. Next time Boss.
Di bawah adalah foto-foto daripada fotowarung.bazuki.com yang memuatkan banyak foto yang menarik.
Lambaian pejuang dan pemenang.
Mere nam BOSS! Tetapi kali ini bantu dulu isteri dan anak. Next time Boss.
Saya bimbang melihat beberapa orang yang tidak memahami fungsi asas wakil rakyat dan kerana itu tidak mengerti kenapa mereka mahu bertanding di dalam pilihanraya. Pun begitu mereka begitu bernafsu hendak bertanding.
Mereka ini tidak tetap di mana kawasan yang mahu ditandingi. Mereka membuat cabaran akan mengejar orang itu dan orang ini ke sana ke mari dalam pilihanraya. Maknanya mereka tidak tahu dan tidak peduli di mana mereka mahu bertanding dan lawannya yang memutuskan di mana mereka akan bertanding.
Calon-calon sebegini sebenarnya tidak ambil kisah kebajikan dan kepentingan rakyat di kawasan yang akan ditandinginya. Pengundi atau rakyat bukan yang paling utama, tetapi lawannya lebih penting. Apakah ‘glamer’ yang sebenarnya mereka cari?
Saya kira cabar-mencabar dan kejar mengejar ini elok dihentikan. Pilih satu kawasan, fokus dan bekerja keras bukan sekadar untuk menang tetapi benar-benar mewakili rakyat dan berkhidmat untuk mereka.
Jadilah wakil rakyat. Jangan jadikan pilihanraya ini sebagai medan untuk bermain aci ligan (istilah masyarakat utara untuk main kejar-kejar) atau polis sentri.
Selamat berjuang!
Masanya telah tiba. Kerajaan dengan mandat paling besar membubarkan Parlimen tidak sampai tempoh 4 tahun.
BN menyertai pilihanraya kali ini dalam keadaan sangat terdesak. Asakan rakyat yang tidak berpuas hati dengan kualiti hidup dan tekanan yang terpaksa ditanggung akibat ekonomi yang lembab, kenaikan harga barang dan sebagainya.
Kali ini BN meminta mandat daripada rakyat untuk menaikkan harga petrol, barangan-barangan keperluan dan sebagainya. BN juga meminta mandat untuk meraih komisen pembelian senjata dan pelbagai amalan rasuah.
Terserah kepada rakyat membuat pilihan dan tertanggung ke atas kita, rakyat yang sedar, untuk memastikan BN mendapat mesej yang jelas bahawa mereka tidak akan mendapat mandat untuk menindas kehidupan rakyat lagi.
Ayuh anak Malaysia, kita pastikan!