Kecederaan yang dialami oleh anggota polis semasa perhimpunan aman di Jalan Ampang pada 25 November lalu adalah sesuatu yang sangat malang. Malang kerana polis Malaysia, seperti di dalam perhimpunan-perhimpunan aman rakyat sebelum ini, bertindak ganas menyerang dan memulakan provokasi sehingga menyebabkan kejadian menjadi kelam kabut.
Di dalam kejadian terbaru ini apabila ada anggota polis tercedera, saya percaya ada kemungkinan mereka yang berpakaian awam atau preman dipukul oleh anggota polis sendiri yang tidak mengenali mereka adalah anggota polis. Ini berlaku ketika perhimpunan BERSIH pada 10 November lalu di Masjid Jamek. Jurugambar polis daripada IPK Kuala Lumpur hampir-hampir dibelasah oleh pihak polis sendiri. Beliau dapat mengelakkan kecederaan dengan mengeluarkan kad kuasa.
Malah kini menjadi amalan polis untuk menembak gas pemedih mata pada aras mata dan bukan lagi ke udara. Ini adalah satu amalan yang sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kecederaan serius. Malah sebelum ini telah ada yang cedera ditembak dengan kanister gas pemedih mata ini.
Justeru saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak polis yang sering mengganasi peserta perhimpunan aman. Sekiranya diuruskan dengan baik dan dikawal perjalanan trafik, dibenarkan menyerahkan memorandum mereka; keadaan tidak akan menjadi kacau bilau.
Apakah polis menghalang, memukul dan mengejar orang ramai hanya semata-mata untuk menjadikan kenyataan fatwa pemimpin BN bahawa tidak ada demonstrasi yang berakhir dengan aman. Jika dikejar, dipukul, disembur air kimia, ditembak gas pemedih mata sudah tentu keadaan menjadi kucar-kacir.
Saya kira selepas ini rakyat mungkin terpaksa mengadakan perhimpunan sejuta rakyat bagi membantah keganasan polis ini!
November 27, 2007 at 10:56 am |
dah nak beripun wat gapo nya.Tunggu ari ngundi jah la..tak dak kija sungguh puak2 ni nih….
November 28, 2007 at 11:26 am |
Dear Zaki,
Thanks for dropping by yesterday . I will revert to you on subjects we discussed. I am a fan of your blog.
Your writings reflect clarity of purpose and compassion. I hope to visit your blog regularly. I will share my take on the politics, sociology and economics of our country with all your readers.
Repression cannot work now that Malaysians have shown to the world that justice must be defended even when danger lurks.
Salams
April 10, 2009 at 12:15 pm |
[...] ini saya telah menulis Polis Ganas, ada gambar polis menembak gas pemedih mata pada aras mata, bukan ke udara. Apakah di dalam kes di [...]
April 13, 2009 at 2:25 pm |
[...] berbahaya itu di paras mata dan bukan ke udara, seperti dalam gambar pada posting terdahulu saya: Polis Ganas? Apakah ini prosedur biasa pihak [...]