Nafsu Amerika Syarikat untuk peperangan

Pada tahun 1916, Mark Twain telah meramalkan nafsu Amerika Syarikat untuk peperangan melalui Sajak beliau:

The Mysterious Stranger

The loud little handful will shout for war…

Then the handful will shout louder. A few fair men on the other side will argue and reason against the war with speech and pen, and at first will have hearing and be applauded.

But it will not last long; those others will out shout them and presently the anti-war audiences will thin and lose popularity.

Before long you will see the most curious thing: the speakers stoned from the platform, and free speech strangled by hordes of furious men.

And now the whole nation will take up the war-cry, and shout itself hoarse, and mob any honest man who ventures to open his mouth; and presently such mouths will cease to open.

Next the statesmen will invent cheap lies, putting the blame upon the nation that is attacked, and every man will be glad of those conscience-soothing falsities.

He will diligently study them and refuse to examine any refutations of them; and thus he will by and by convince himself that the war is just, and will thank God for the better sleep he enjoys after the process of grotesque self-deception.

Peperangan, malah sebarang bentuk konflik dan sengketa, memang begitu sifatnya. Seringkali bermula dengan penipuan untuk menghalalkan peperangan tersebut dengan meletakkan segala kesalahan kepada pihak yang diserang.

Twain menyatakan betapa sekelompok kecil pendokong perang ini yang sangat kuat suaranya akan terpedaya dengan penipuannya sendiri dan menyatakan syukur kepada Tuhan akan tidur lena yang dinikmatinya setelah dia memperdayakan diri sendiri untuk menhalalkan kezaliman dan peperangan yang didokongnya.

Beberapa khalayak akan cuba menghujahkan betapa peperangan adalah sia-sia dan tidak sepatutnya dilaksanakan. Tetapi hujah mereka tidak akan dihadapi dengan hujah. Sebaliknya pendokong perang akan membuat bising sehingga menenggelamkan hujah yang menentang peperangan. Akhirnya penentang perang akan dihentam, malah dituju dengan batu agar mereka berhenti menentang peperangan.

Namun perang dan konflik kadangkala benar-benar diperlukan. Telah pernah terjadi peperangan terpaksa dilakukan demi mempertahankan kedaulatan bangsa, negara atau hak. Maka peperangan ini dilaksanakan dengan penuh berat hati dan keterpaksaan.

Namun di mana garis pemisah antara perang zalim dan perang adil? Apakah kita manusia mampu melihatnya dan membuat pemisahan yang sebaik-baiknya. Tambahan pula jika perang dan sengketa yang berlaku adalah sesama saudara.
Bukan sekadar perang, malah kadangkala perbezaan pendapat dan pertelingkahan jika tidak diurus dengan baik boleh berakhir dengan kita terpedaya dengan kata-kata sendiri bahawa kita di pihak yang benar dan tindakan yang diambil adalah yang terbaik, sehingga menjadi tegar dengan keputusan sendiri. …and refuse to examine any refutations of them.

Meski niat kita mungkin terbaik tetapi hakikat yang berlaku bukan sebaik-baiknya.

One Response to “Nafsu Amerika Syarikat untuk peperangan”

  1. afrar yunus Says:

    sdra
    untuk menyedarkan atau utk melawan kumpulan seperti ini kita perlu ada kekuatan. baik dr segi ekonomi, tentera, pendidikan, kebudayaan dsb. setakat nak masuk medan dgn berbekalkan air liur, kecundangnya sudah pasti spt taliban di afghanistan. atau jika dirasuahkan, berlakulah spt tentera iraq yg bertempiaran lari ketika amerika mula menjajah mereka.

Leave a Reply