Barisan Nasional perlu mengambil tindakan memecat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Jamaludin Jarjis kerana bersikap perkauman. Ini dizahirkan beliau apabila membuat kenyataan-kenyataan yang menghina kaum India di Malaysia.
Baca blog Lim Kit Siang.
Sekiranya BN benar-benar menghormati semua kaum dan berminat untuk memelihara keharmonian antara kaum, tindakan JJ ini sama sekali tidak boleh diterima. JJ, dari UMNO sememangnya sudah kita ketahui bersifat perkauman kerana UMNO itu sendiri parti perkauman.
Tetapi tindakan bodoh beliau itu tidak seharusnya dibiarkan oleh MIC yang juga mempertahankan prinsip perkauman tetapi perkauman India. Kerana itu MIC perlu bertindak menuntut agar JJ dipecat daripada BN.
Sekaligus JJ akan menjadi Ahli Parlimen bebas kerana beliau bertanding atas tiket BN untuk kerusi Rompin.
Sekiranya MIC dan Abdullah Badawi tidak bertindak atas perkara ini, maka jelas BN bukan sekadar mempertahankan sikap perkauman, tetapi sebenarnya mempertahankan kebodohan.
May 5, 2007 at 4:22 pm |
samy vellu apa kata mu wahai sammy?